Saturday, May 13, 2017

Kenapa dalam ilmu nahu selalu guna nama zaid??


]
Post sebelum ini tentang 'kenapa Zaid dipukul' adalah untuk kita sama sama mencari jawapan kenapa ulama Nahu menggunakan nama Zaid, 'Amru, Bikr dan Hindun sebagai contoh mereka.


Antara sebabnya adalah:-

1) Ilmu Nahu ialah ilmu yang memerlukan banyak contoh. Tidak ada mana mana bab dan masalah dalam Nahu melainkan memerlukan contoh agar dapat difahami oleh pelajar. Bahkan boleh boleh jadi memerlukan sehingga puluhan contoh bagi menjelaskan ilmu ini. Maka sebab itu ulama nahu memerlukan nama yang ringkas agar dapat selalu diulang ulang. Nama yang paling mudah ialah yang terdiri daripada tiga huruf dan yang paling baik adalah yang huruf tengahnya berbaris sukun.

2) Nama seperti زيد، عمرو ، بكر dan هند tidak mungkin dibariskan sukun pada permulannya kerana orang Arab tidak memulakan perkataan dengan baris mati dan tidak juga dibariskan mati hujungnya kerana di situ محل الإعراب. Maka nama nama ini telah dipilih untuk menjadi contoh dalam ilmu nahu.

3) Nama nama ini juga termasuk dalam kategori مصروفة yang boleh menerima baris kasrah, tanwin atau tanpa tanwin. Jadi dengan menggunakan nama ini dalam pada setiap bab akan memudahkan para ulama' nahu untuk memberikan contoh.

Maka sebab itu dalam matan dan kitab Nahu akan sentiasa menggunakan nama Zaid, 'Amru, Bikr dan Hindun.

Kenapa tidak didapati ulama Nahu yang terkemudian mengubah nama nama ini?

Kerana mereka mengikut apa yang telah disusun dan dimulakan oleh ulama yang terdahulu 🙂

Wallahua'lam

1 comment: