Saturday, May 13, 2017

الفرق بين التركيبين و اقسام الحروف


Perbezaan antara dua tarkib لا يجب dan ألا يجب



Sebagai contoh :


- لا يجب أن تهمل
- يجب ألا تهمل


Contoh pertama : maknanya " jangan kamu lalai/cuai " susunan ayat jenis ini memberi makna dlm bahasa arab bahawa penafian hanya berlaku keatas kalimah يجب (wujub) dan ia memberi makna pada kefahaman Bangsa Arab hukumnya harus sahaja. Boleh jadi kamu tidak lalai atau boleh jadi kamu lalai.
Adapun pada jumlah kedua, penafian tersebut khusus untuk إهمال iaitu kelalaian. Ia memberi kefahaman kepada Arab bahawa "cuai itu di larang secara mutlak.


# ketika mana kita katakan :
لا يجب أن أذهب إلى السوق
Ia bermaksud : saya di beri pilihan samaada mahu ke pasar atau tidak, sbb susunan ayatnya begitu, iaitu harus ke pasar atau tidak. (Tidak menjadi kewajipan keatas sata untuk ke pasar)
Adapun : يحب ألا أذهب إلى السوق
Ia memberi maksud : wajib ke atas saya jangan pergi ke pasar. Iaitu larangan ke pasar. Sbb itu bila seseorang bersumpah menggunakan tarkib seperti ini dan ia melanggar sumpahnya, ia boleh di kenakan hukuman..





1. Huruf mabani (حَرْفُ مَبَانِي)

Adalah huruf-huruf hijaiyah selain huruf ا و ي , karena ketiga huruf tersebut dikatakan sebagai huruf ilat (حَرْفُ العِلَّةِ) atau huruf penyakit.

2. Huruf ma’ani (حَرْفُ مَعَانِي)

Adalah huruf-huruf yang mempunyai erti
Contoh :
اَوْ atau
وَ dan
ثُمََّ kemudian
اِذَا ketika
لِ milik

Jenis-jenis huruf ma’ani bermacam-macam diantaranya :
a. Huruf jar (حرف جَارٍ) yang telah kita bahas pada pelajaran kedua.

b. Huruf qosam (حرف قسم) atau disebut juga huruf sumpah. Huruf qosam ada tiga, yakni و ت ب

Contoh :

وَاللهِ – بِاللهِ – تَاللهِ (demi Allah)

Namun, dari ketiga huruf sumpah di atas, huruf ت hanya boleh digunakan untuk sumpah atas nama Allah ta’ala, adapun huruf yang lainnya boleh digunakan untuk selain nama Allah ta’ala.

c. Huruf athof (حرف العطف)

Adalah huruf yang digunakan untuk menggabungkan dua kata.

Contoh :

و (dan) misal جَاءَ مُحَُّمَدٌ وَ حَسَنَ (Muhammad dan Hasan datang)

او (atau) misal ضَرَبَ حَسَنٌ كلَْبًا اَوْ قِطًا (Hasan memukul anjing atau kucing)

ثم (kemudian) misal مَا شَاءَ اللهُ ثُمَّ شِئْتَ (atas kehendak Allah kemudian kehendakmu)

Dari penjelasan di atas, kita tahu bahwa ada huruf yang mempunyai fungsi yang berbeza -beza sesuai dengan kehendak dan kedudukan dalam kalimah , seperti huruf و , di sudut yang lain ia boleh sebagai huruf athof dan di sudut yang lain iaNya boleh menjadi huruf qosam. Untuk mengetahuinya dapat dilihat dari erti atau kedudukan kalimah yang digunakan.
WallahuTa'alaA'lam 😊

No comments:

Post a Comment