Saturday, May 13, 2017

TIPS MAHIR BAHASA ARAB



📌 Antara perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar bahasa Arab selain mengumpul kosa kata baharu adalah mendalami kosa kata yang sudah sedia ada. Contohnya perkataan جميل ; semua tahu maksudnya cantik, tapi berapa ramai yg tahu ia juga bermaksud 'budi / jasa baik'. Frasa ناكِر الجميل bererti 'seorang yg tak kenang jasa / budi'.

📌 Perkataan شدّ dan حِيل bila digabungkan seperti شد حيلك bermaksud 'be strong'. Perkataan كثير. Semua kita tahu maksudnya 'banyak'. Tapi tak ramai yang tahu perkataan ini juga digunakan untuk menggambarkan tempoh masa lama yg perlu ditunggu. Misalnya seseorang berkata, aku akan sampai petang nanti. Waktu itu pukul 8.00 pg. Kita cakap, كثير 'lamanya'.

📌 Contoh lain perkataan رأس ; kepala. Perkataan ini digunakan untuk menterjemah perkataan 'ekor' dalam ayat seperti '50 ekor lembu'. Kita sebut خمسون رأسا من البقر. Walaupun terang2 disebut ekor, kita tidak menterjemahkannya ذيل ; ekor.

📚 Kesimpulannya ialah selain mengumpul perkataan baharu, kita juga giat memperluaskan maklumat tentang perkataan yang sudah sedia ada.

📚 Jalan pintas untuk perkara ini adalah dengan membaca bahan bacaan berbahasa Arab seperti surat khabar, novel, cerpen dan sebagainya. Bila jumpa sesuatu perkataan yg sudah diketahui tapi di situ membawa maksud yg lain, sila buat sedikit catatan.

No comments:

Post a Comment