Saturday, May 13, 2017

KAWAN

Kawan...
kau berjuang.. orang lain pun berjuang..
kau join society.. orang lain pun join society..
kau banyak kerja.. orang lain pun banyak kerja..

Tapi tolong ingat balik..
kenapa kau datang universiti..?
Apa tujuan utama kau datang universiti..?
untuk menuntut ilmu atau yg lain..?

Tak ada siapa yg suruh kau berjuang hingga abaikan pelajaran..
Tak ada siapa yg suruh kau pikul 10 jawatan dan abaikan akademik..
Tak ada siapa suruh kau join berbagai persatuan dan abaikan assignment..
Tak ada siapa suruh kau buat 3-4 kerja part time dan lupakan amanah kau sebagai seorang pelajar..

Apa yg kau lakukan ini adalah kezaliman kepada orang lain..
Tahukah kau orang lain tak tidur malam berhari2 sebab siapkan kerja yg kau abaikan?
Tahukah kau orang lain bertambah sakit kerana perangai kau yg memilih-milih kerja?
Tahukah kau kerana menyiapkn kerja kau, orang lain jadi tertangguh kerjanya yg lain?
Tahukah kau dengan sikapmu itu, ada orang lain yg tidak mampu fokus pada kerja lain?
Tahukah kau akibat bekerja kumpulan dgn kau, orang lain menjadi hilang tumpuan pada pelajarannya yg lain pula?

Tidakkah kau terfikir?
Hilangkah perikemanusiaan dalam diri?

Dan kau pula mendiamkan diri seolah tiada apa yg berlaku..
Diam dan terus diam...

Tahukah kerana orang sepertimu....
terpalit nama buruk pada pejuang lain...
terpalit nama buruk pada mereka yg aktif berpersatuan..

Apakah kau fikir kau hanya membawa namamu sahaja ke mana2?

Coretan aku ini.. bukan utk burukkan mana² pihak..
Tapi untuk sama² kita ambil pengajaran..
Jangan sampai kita melakukan perkara ini pada orang lain..

:: Biar orang buat kita, jangan kita buat orang :

No comments:

Post a Comment