Saturday, May 13, 2017

Di antara أفضل كتاب & أفضل الكتب

Soalan :
Boleh tak kita kata أَفْضَلُ الكِتَاب dengan meletakkan alif lam pada perkataan كِتَاب dalam keadaan kehadirannya dengan lafaz mufrad? Jawapan : Tidak boleh. PERINCIAN Jika kita menggunakan rangkai kata [ Isim tafdhil + Mudhaf Ilaih ] maka perkara terpenting yang perlu diberikan perhatian adalah benda yang diberikan bandingan lebih mesti sebahagian daripada benda yang dibandingkan. Misalnya خَالِد أَفْضل الطلاب (Khalid ialah pelajar terbaik). Benda yang diberikan bandingan lebih (al-fadhil) ialah خالد dan benda yang dibandingkan atau diistilahkan sebagai al-mafdhul ialah الطلاب. Jadi asasnya dalam perkara ini ialah al-fadhil mestilah sebahagian daripada al-mafhul. Perkara ini sesiapa pun dapat memahaminya. Saya jelaskan lagi. Bila kita kata “Ali ialah pelajar terbaik di sekolah Melele”. Apa maksudnya? Maksudnya Ali ialah sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah Melele. Ali itu kita namakannya sebagai ‘fadhil’ dan pelajar sekolah Melele pula ‘mafhul’. Saya ulang, fadhil dalam rangkai kata seperti ini mesti sebahagian daripada mafdhul. Maknanya fadhil bersifat جزئي manakala mafdhul pula bersifat كليّ. Jadi sekarang apakah benda yang bersifat كُلِّيّ ini? Benda yang bersifat كُلِّي ini ialah lafaz jamak seperti الكتب dan isim mufrad yang boleh dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil seperti الجسم (tubuh badan). Contohnya jamak ialah كتابك أفضل الكتب dan contoh isim mufrad yang boleh dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil pula ialah الرأس أنفع الجسم. Jadi الجسم itu ada اليد, ada الأنف ada itu dan ini. Tapi yang paling bermanfaat ialah الرأس. Jadi bila ada orang tanya bolehkah kita kata كتابك أفضل الكتاب dengan menggunakan lafaz mufrad untuk perkataan الكتاب? Jawapannya tidak boleh. Kalau nak buat juga mestilah ditukar kepada kata jamak, iaitu الكتب. Dengan lafaz jamak barulah كتابك menjadi sebahagian daripada الكتب. Tapi kalau kita guna lafaz mufrad, iaitu الكتاب maka كتابك tidak mungkin menjadi sebahagian daripadanya. Baik, ada cara lain tak selain guna jamak? Ini poinnya. Ya ada. Caranya ialah menakirahkan isim mufrad tersebut. Yakni perkataan الكتاب kita jadikannya sebagai isim nakirah. Kita kata كتابك أفضل كتابٍ. Kata al-Shabban ketika menghuraikan contoh al-Aysmuniy زَيْد أفْضل رَجُلٍ di dalam Hasyiahnya, Hayiah al-Shabban ‘ala al-Asymuniy 3/68 : وجاز كونه مفردا مع كون أفعل بعض ما يضاف إليه، فالأصل أن يكون جمعا لفهم المعنى وعدم التباس المراد ووجب تنكيره لأن القاعدة أن كل مفرد وقع موقع الجمع لا يكون إلا نكرة، فإن جئت بأل رجعت إلى الجمع وإن جمعت أدخلت أل. Maksudnya: Di sini mafhul boleh hadir sebagai isim mufrad dalam keadaan ia adalah mudhaf ilaih kepada benda yang sebahagian daripadanya. Yakni زيد itu sebahagian daripada ‘lelaki’. Sepatutnya ‘lelaki’ itu mesti hadir dalam bentuk jamak seperti yang dijelaskan sebelum ini. Tapi di sini lain pula. Ia hadir dalam bentuk mufrad. Kata al-Shabban : Ia harus (جاز). Mengapa harus? Jelas beliau, asalnya ia mesti jamak kerana dengan lafaz jamak boruh diterima akal dan tidak berlaku kecelaruan maksud. Jelas beliau lagi : Wajib jadikannya nakirah (وجب تنكيره). Maksudnya harus di sini adalah bersyarat, iaitu wajid dinakirahkan. Kenapa nakirah? Sebab isim yang membawa makna jamak ialah nakirah. Kata beliau والقاعدة أن كل مفرد وقع موقع الجمع لا يكون إلا نكرة. Tapi bila kita masukkan أل kita kena jamakkannya semula. Kita kata زيد أفضل الرجال. Sambung beliau lagi, bila kita jamak maka kena masukkan alif lam. Maksudnya kita tidak boleh kata زيد أفضل رجال. Tambahan yang terkeluar tajuk, tapi ada faedahnya disebut : Adapun isim mufrad nakirah ada ketikanya bermaksud khusus, iaitu apabila berada di dalam siyaq isbat. Mengikut kaedah usuliyah : النكرة في سياق النفي يفيد العموم والإثباث يفيد الخصوص Saya tidak mahu bincangkan tentang kaedah ini. Cukuplah di sini sahaja berkenaan kaedah ini. KESIMPULAN : Kita boleh kata كتلبك أفضل الكتب dan كتابك أفضل كتاب. Tapi kita TIDAK BOLEH kata كتابك أفضل الكتاب dan كتابك أفضل كتب. Perkara yang sama juga dikatakan oleh Syaikh Yasin dalam Hasyiahnya ke atas al-Tasrih, dan di situ ada perbahasan tentang البعضية, yakni fadhil mestilah sebahagian daripada mafdhul. Begitu juga dengan Abbas Hasan di dalam al-Nahw al-Wafi 3/421.

No comments:

Post a Comment