Wednesday, December 26, 2012

kElEmAhAn MaNuSiA


Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. 
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.

alt
Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain.  Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah. 
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian.
Firman Allah yang bermaksud;
"... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah.
alt

 Firman Allah,
" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah. 
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)

MeNaNgIs..!

why woman like to cry ?
"kerana menangis merupakan ubat paling mujarab untuk merawat penyakit emosi dan jiwa"
maklumla , boyfie takbalas mesej call berpuluhpuluh kali tak anwser memang meroyanla .


why man hard to cry ?
"kerana menangis hanya untuk perempuan sebab lelaki mesti macho tough gentle"
maklumla , ego tinggi hati keras otak lembab .


tangis , dia menangis , tangisan . *wazan


Jujur . lelaki diakui payah untuk mengalirkan air mata tanpa sebab yang sangatkukuh serta di khalayak ramai lagilagi kalau duduk sebelah member .
 Maruah beb ! Takgangsterla weiyy !


Tapi kalau perempuan , nak balik cuti pon menangis . Cuti 2 hari je pon . 3 hari 2 malam . Kalau rumah jauh 2 hari 1 malam . Tak faham .


Bila difikirdirenung balik kenapa mesti Allah ciptakan air mata ? Kencing cukuplaa .
Dan kenapa air mata tidak dipengaruhi oleh cara pemakananpeminuman seperti air kencing ?


 “Dan bahwasanya Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis” (An-Najm: 43) . 


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati .
2) Menangis kerana rasa takut .
3) Menangis kerana cinta .
4) Menangis kerana gembira .
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan .
6) Menangis kerana terlalu sedih .
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah .
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang .
9) Menangis kerana mengikut - ikut orang menangis .
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis .





Mostly , number 8/9


”Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak , sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”(At-Taubah: 82) . 

Maknanya , setetes air mata pasti sangat bermakna berbanding beriburibu gelaktawa hilai . Dan alangkah bertuahnya kita kalau setetes air mata tuh menjadi hujjah kita di Mahsyar tapi alangkah buruknya setetes airmata tuh menjadi hujjah ke atas kita .
Kenapa kita takboleh menangis sedangkan


Nabi yang ma'sum pon menangis .


Diriwayatkan dari Abdullah bin Syukhair dia berkata , “Aku mendatangi Rasulullah yang sedang shalat , dan (aku mendengar) dari rongga dadanya ada gemuruh seperti gemuruh air mendidih dari periuk yang ada di atas tungku berapi, (disebabkan) karena tangisan beliau” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi . 


Para sahabat pon menangis .


Anas bin Malik menceritakan, suatu ketika sampai berita kepada Rasulullah tentang sahabat-sahabatnya . Rasulullah lalu berkata , “Aku ditawarkan Surga dan Neraka , namun aku tidak pernah melihat perihal kebaikan dan keburukan seperti yang kulihat hari ini . Seandainya kalian semua mengetahui apa yang aku ketahui , niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis .” Anas melanjutkan , “Maka tiada hari paling berat yang dialami oleh para sahabat selain dari hari itu . Kepala mereka tertunduk sambil menangis .” Riwayat Muslim



Dari al-Abbas Bin Abdul Muthallib , Nabi bersabda , “Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka , (pertama) mata yang menangis (ditengah kesendirian) dimalam hari karena takut pada Allah , dan (kedua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah.” Riwayat At-Thabrani. 


Bagaimana mungkin kite nak menangis di malam hari ? nak bangun subuh pon liat .
 Kalau bangun pon pergi mandi dulu jimat siket masa lepas subuh boleh tido sampai KP wat annoucement tetap taksedar terus terlambat pergi sekolah lalu dinaikkan di atas pentas sertamerta kena sebatt . *budakolej


Andai ada qiamullail perdana pon yang dilakukan setahun sekali tuh nak menagis macamana dahlah pukul 4 tutup lampu imam baca panjang memang tersengguk senggukla .


Jadi memang takde mase la nak menangis !


Tyme program . Mesti ade malam muhasabah atau slot refleksi kan ? 
Manaboleh menangis tyme tuh . Kena tutup mata compemla tertido lagipun duduk sebelah kawan kantoila nanti kene bahan taksudah dahlah ade perempuan nanti kantoi lagi payah .


Jadi memang takde mase la nak menangis !


Tyme Qasidah .
 Buku pon tak cukup takde feel laa .


Tyme qunut solat terawih malam - 20 ganjil ? 
Imam baca bahasa arab mana orang paham . Dahla takde translate .


 Jadi bile nak menangis ?


Nanti kalau kene colik , hanset hilang , waris meninggal , artis kesayangan kawin , kekasih hati mintak clash baru boleh menangis .


Memang itulah hakikat hati kita . Keras . 
Nak menagis tyme azan takboleh tyme solat takboleh tyme wirid takboleh tyme maulid takboleh tyme PALESTINSYRIA kesusahan takboleh tyme tengok jenazah takboleh jadi tyme ape yang kite boleh ?


Takkan nak tunggu tyme sembahyang jenazah kita disolatkan baru nak menangis ?


Memang kite takboleh sebab hatikeras banyak bintik hitam . 
Tapi dah selalu istighfar ?
Apabila ibadat menjadi adat , makna alfatihah pon taktau makna azan pon taktau makna wirid pon taktau makna doa yang dibaca panjangpanjang pon taktau makna hadis pon taktau makna quran pon taktau maka adakah amalan kite diterima ?
Insyaallah yakin terhadaap amalan yang dah dilakukan dan perbaiki segala kekurangan baru ibadat yang soheh .


Penyelesaiannya , stay in jamaah and Islam will win . 




“Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan : Wahai manusia , sesungguhnya kalian semua masuk syurga , kecuali seorang . Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku .” Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.  (Saydina Umar)






Allahu Taala 'Alam .

Monday, December 24, 2012

KERNA SIFAT TRGOPOH-GAPAH


Seusai solat ba'diah isyak, aku terus capai jibab aku. Apabila nak turun tangga surau, ak terasa ade kelainan pada jibab aku..ak memandang sekilas pada jibabku..."eh,sejak bila plk jibab ak warna ungu lembut nieyh"..Barulah ak prasan yang aku tertukar jibab dengan kawan sebilik aku. Kasihan dye trcari-cari kemana jibabnya..ish3 dibah nie!!!
Turun jer dari surau, loceng berbunyi menandakan semua pelajar asrama mesti ke bilik prep(study).
Dengan tergopoh-gapah,ak berlari ke dorm dan terus ambil beg study n terus pergi tanpa menghiraukan penampilan diri..tiba2 ada la sorang budak panggil aku n dye tanya "Kenapa akak pakai selipar jepun"..terkejut n malu bangang masa tu dah la lewat..
hehe..ak try tanya seorang budak pengawas "Boleh tak nak pkai selipar jepun g bilik prep"..
dia jawab "mana bleyh,klu warden nampak ,die mesti marah"..ak pun balik ke dorm semula untuk tukar selipar dalam ketakutan ...pada ketika itu,semua pelajar sudah melepasi pagar asrama...
Hampir2 nak sampai kat pagar asrama, kena "sound " pulak dengan seorang kakak mpp ..
"cepatlah sikit.,lembab...huh..pns tlinga mndengarnya..

Thursday, December 13, 2012

OH TEMAN

WAHAI TEMAN...
Aku ingin kita seperti ABU BAKAR AL-SIDDIQ,
Persahabatan dikalin kerana AL-KHALIQ,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran,sanggup bersakit....


aku impikan antara kita seorang UMAR..
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana...

Aku ingin kita seteguh IBNU ZUBBAIR,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bernama si ibu tua,
lantas syahid rohnya ku syurga..



Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara MASYITAH,
semerbak kasturi,
aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di mahkamah  MASYAR nanti........