Wednesday, January 11, 2017

Perkataan Nikmat dalam Al-Quran

Apakah keistimewaan yang ada pada perkataan nikmat menurut Al-Quran ? Perkataan نعم mempunyai pelbagai derivasi yang Tuhan minta hambaNya perhatikan dan hayati satu persatu. Menurut Imam Al-Raghib Al-Asfahani tentang pecahan-pecahan yang ada pada perkataan ringkas ini: ‎1.النِّعمة (menggunakan baris bawah pada huruf nun) *suatu keadaan yang baik, yang Allah 'terma'kan pada manusia, seperti suatu majlis keramaian yang ada padanya kegembiraan ‎2.النَّعمة (menggunakan baris atas pada huruf nun) *suatu keadaan nikmat yang sementara Allah berikan pada kaum-kaum yang diturunkan bala'. ‎3.الإِنعام *suatu pemberian kebaikan kepada orang yang lain(tidak boleh digunakan kepada haiwan.
‎4.النعيم *keadaan nikmat yang banyak-rezeki" ‎5.النَّعَم *dikhusukan penggunaan ini kepada unta, suatu keadaan seseorang yang mempunyai harta ternakan unta, *tidak hanya tertakluk kepada unta, mempunyai lembu dan kambing ju haiwan)ga termasuk, namun penggunaan perkataan ini terbatal sekiranya tiada unta di dalam sesuatu kawanan haiwan ternakan" ‎6.نِعمَ *perkataan yang digunakan untuk memuji sesuatu" ‎7.نَعَم *perkataan yang digunakan untuk menjawab pertanyaan" Konklusi ringkas: bahawa al-Quran itu mukjizat agung yang kajiannya adalah dalam dan tidak terhingga nilai ilmu yang ada padanya. Maka jelas bahawa setiap perkataan di dalam al-Quran adalah dinamik dan mempunyai variasi yang mampu melemahkan akal manusia.

"الفرق بين "عندي" و "لديّ"


عندي :- إذا كان الشيء في ملكك سواء كان حاضرا أو غائبا Apabila sesuatu yang menjadi milik kamu sama ada ianya hadir ataupun tidak.
المثال للحاضر : عندي الاقتراحات لمنع مشكلة انحلال الخلق والتسكع لدى المراهقين Saya mempunyai cadangan untuk menangani masalah keruntuhan akhlak dan melepak dalam kalangan remaja.
المثال للغائب : ما عندي أسرة وأعيش مقطوعا من الشجرة حاليا Saya tidak mempunyai keluarga dan hidup sebatang kara sekarang
لديّ :- إذا كان الشيء في ملكك، ولا يكون إلا حاضرا Apabila sesuatu yang menjadi milik kamu dan perlu hadir
مثال: لدي ساعة اليد الجديد التي اشتريها أبي عند يوم ميلادي. Saya mempunyai jam tangan yang baru yang dibeli oleh ayah saya semasa hari lahir say

كم الاستفهامية وكم الخبرية


Kam istifhamiyyah digunakan untuk menanyakan bilangan yg diragui dan memerlukan jawapan(berapakah) . Misal :
كم طالبا هناك
Berapakah bilangan pelajar yg ada disana?

كم رجلًا عندك قال الحق 
“Berapakah bilangan lelaki yang berada disisimu berkata benar?”


Kam Alkhobariyyah pula adalah yg bmkna كثير berapa bnyak/betapa dan tdk memerlukan jwpn dan bukanlah pertanyaan .

كم رجلٍ عندك قال الحق
“Betapa ramainya lelaki yang berada disisimu yang berkata benar.


Bersyukur dengan Apa Adanya!

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan, Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung, Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain. Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"... Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. Jujur bila berkata, Hayati bila membaca, Ikhlas bila menerima.