Thursday, July 14, 2016

PESANAN IMAM HASAN ALBANNA

1)Jika terdengar azan,maka bersegeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2)Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu,pergi ke majlis-majlis ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membaung masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3)Berusaha untuk berututur dalam bahasa arab yang fushah kerana bahasa arab yang betul(fushah)adalah lambang syiar islam.

4)Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5)Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

 6)Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7)Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8)Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,mengecam pertubuhan-pertubuhan,dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

 9)Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10)Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Tuesday, March 29, 2016

MARI KITA BELAJAR BAHASA ARAB...

Bahasa Arab Bahasa Indah

Aku sangat beruntung kerana dapat mempelajari bahasa aarab