Wednesday, May 24, 2017

Ibu

IBU,
walau sesakit mana dirimu,
tetap kamu melakukan rutin harianmu,
tanggungjawab mu kepada suami,
kamu tidak pernah miss mengemas dan menyapu rumah tiap hari,
menyediakan makanan untuk kami,
baik nya kamu ibu,
aku selalu cuba buat yang terbaik untukmu..
cuba mendengar kata,
cuba bercakap benar,
cuba menceriakanmu seceria-cerianya..
aku tidak tahu jika dirimu tiada lagi di atas dunia ini,
aku tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam keluarga ini suatu masa nanti..
"Allah,Kau panjangkanlah umur ibuku, supaya aku tetap ikhlas berbakti kepadanya...jadikan hatiku ini sentiasa ikhlas dan tidak merungut dalam berbuat kebaikan kepadanya"

aku mahu jadi sepertimu ibu..





No comments:

Post a Comment