Wednesday, January 11, 2017

Perkataan Nikmat dalam Al-Quran

Apakah keistimewaan yang ada pada perkataan nikmat menurut Al-Quran ? Perkataan نعم mempunyai pelbagai derivasi yang Tuhan minta hambaNya perhatikan dan hayati satu persatu. Menurut Imam Al-Raghib Al-Asfahani tentang pecahan-pecahan yang ada pada perkataan ringkas ini: ‎1.النِّعمة (menggunakan baris bawah pada huruf nun) *suatu keadaan yang baik, yang Allah 'terma'kan pada manusia, seperti suatu majlis keramaian yang ada padanya kegembiraan ‎2.النَّعمة (menggunakan baris atas pada huruf nun) *suatu keadaan nikmat yang sementara Allah berikan pada kaum-kaum yang diturunkan bala'. ‎3.الإِنعام *suatu pemberian kebaikan kepada orang yang lain(tidak boleh digunakan kepada haiwan.
‎4.النعيم *keadaan nikmat yang banyak-rezeki" ‎5.النَّعَم *dikhusukan penggunaan ini kepada unta, suatu keadaan seseorang yang mempunyai harta ternakan unta, *tidak hanya tertakluk kepada unta, mempunyai lembu dan kambing ju haiwan)ga termasuk, namun penggunaan perkataan ini terbatal sekiranya tiada unta di dalam sesuatu kawanan haiwan ternakan" ‎6.نِعمَ *perkataan yang digunakan untuk memuji sesuatu" ‎7.نَعَم *perkataan yang digunakan untuk menjawab pertanyaan" Konklusi ringkas: bahawa al-Quran itu mukjizat agung yang kajiannya adalah dalam dan tidak terhingga nilai ilmu yang ada padanya. Maka jelas bahawa setiap perkataan di dalam al-Quran adalah dinamik dan mempunyai variasi yang mampu melemahkan akal manusia.

No comments:

Post a Comment