Thursday, August 6, 2015

my future husband

kawan-kawan aku selalu tanya aku "eh, apa criteria husband kau??"
"diba xde ehem2 ke?"
kawan yang aku percayai , aku cerita yang aku pernah ada someone di dalam hatiku semasa aku umur 18,masih lagi ada hati dengan si L sampai sekarang..tapi bagi yang tidak tahu, mereka terus beranggapan yang aku tiada someone special...
namun, aku terus biarkan mereka dengan anggapan tersebut..
sejak itu, kalau aku mnat someone aku hanya pendam saja..sebab aku takut untuk melakukan perkenalan dengan seorang lelaki setelah sakit yang ku khianati sendiri..


Osman Affan berkata "kita kena tulis apa kriteria or impian kita 10 tahun akan datang di dalam buku, mungkin ada sebahagiannya drpd criteria dikabulkan Allah..kamu tengok balik apa yang kamu tulis 10 tahun akan datang"

aku berkahwin pada umur 24 or 25 tahun..selepas 4 tahun ijazah ,aku nak sambung master dalam bidang bahasa arab atau syariah, in shaa allah..so kriteria husband aku, aku mahu dia seorang yang berlainan bidang dengan aku (b.arab), .nanti, aku boleh belajar drpd bidang dia, dan dia boleh belajar arab sama2..oh so swait..tapi klu dapat yang dua2 b.arab xde masalah pun..Biarlah dia sederhana daripada rupa paras asalkan dia berakhlak mulia..dia pandai dalam ilmu agama, selalu ajak aku solat berjemaah, mampu didik aku menuju syurga Ilahi dan menegur kesilapan aku..dia lah teman setia aku hingga ke syurga..aku mahu seorang mudah diajak berbual, dia mampu bergaul dengan semua orang tanpa janggal..dan boleh buat lawak yg bermanfaat..suka menghubungkan silaturahim..
orang yang suka hubungkan silaturahim, Allah akan panjangkan umur dia ...aku harap dia boleh terima kelemahan aku dan kelebihan aku seadanya , begitu juga aku..
ini sebagai sampingan, Aku harap suara dia merdu dan pandai bertaranum..aku mahu anak2ku(6/7 orang) selalu dihiburkan dengan taranum daripada alquran, nasyid..oh indahnya bila selalu dekat dengan Allah..Anak-anakku akan ku hantar ke sekolah agama / tahfiz..
Aku sangat2 sukaq kucing, aku harap dia pun suka..hehe

ini kita..


wahai bakal suamiku,
sekarang umurku baru masuk ke alam 2,
aku menjadi seorang yang matang 40%,'
aku tidak tahu kamu di mana,
tapi aku yakin, engkau sepertiku, 
sedang menyiapkan dirimu dengan ilmu agama dan rumah tangga,
supaya kau mampu didik isteri serta anak2mu,
kau sedang dilatih Dia menjadi mujahid yang hebat,
hingga aku bangga memilikimu..
aku bakal menjadi isterimu,
aku patuh dan taat akan perintahmu,
kerna aku tahu syurga ku di bawah tapak kakimu..
semoga hubungan kita ini ada keberkatan dan kekal hingga ke syurga,
sama2 kita masuk syurga..
aku akan menanti mu wahai bakal suamiku.,,
aku berusaha , berusaha menjadi sebaik2 wanita untukmu
apa yang ku miliki hanya untukmu sayang.. 
aku akan sentiasa mendoakanmu..
dipertemukan dalam keberkatan Ilahi..

wahai nafsuku,
bersabarlah seketika,
jangan kau rosakkan hati kau lagi dengan cinta yang separuh jalan,
yang tidak membawa makna..
biar cinta manusia yang cuba sentuh hati mu berada di tangan sahaja,
aku tidak akan sentuh hati aku lagi sehingga Allah titipkan perasaan cinta  kerana Allah..
sabar ! sabar ! sabar!








Sunday, August 2, 2015

Saya Nak Kerja!

Salam Sejahtera,
Gembira hati ini setelah dapat merasai nikmat alam pekerjaan walaupun seketika..
Alhamdulilah..
aku berkerja bukan kerana untuk duit beratus2, tapi tujuanku ini lebih kepada pengalaman,
aku ingin diriku yang baru,yakni seorang yang matang dari segala aspek,..

Suatu hari, aku terlalu bosan tinggal di rumah memandangkan cuti semester masih panjang,
lalu aku bertekad untuk bekerja sebagai penjaga taska, 
aku luahkan keinginan ku ini kepada parents, tapi mereka gelakkan aku..

"larat x nak kerja bulan puasa ini"
"ma rasa dalam sehari kerja, mesti dibah berhenti kerja"
"camne lah dibah nak basuh  kencing berak budak2"
"nak kerja apa budak2 lagi"


mereka menggangap aku seolah2 budak darjah 1,mungkin.
Namun, niat di hatiku tak pernah luntur.. mereka tidak yakin denganku maka ,
aku mesti buktikan kepada mereka.
Petang itu juga, aku pergi round taman aku, mencari taska..dan mengambil no. telefon untuk meminta kerja..

Aku diterima kerja di taska Ummi selama sebulan kerna aku perlu ganti orang.taska ini  terletak di deretan rumah teresku..maka aku pergi ke taska dengan jalan kaki,

Hari first aku diarahkan untuk menjadi penjaga juga cikgu kepada . sangat stress, pekerja di situ langsung x bagi jadual waktu.. menjadikan  aku gelap gambar.. apa aku perlu buat??pukul 10 aku kena buat apa??aku selalu tanya pekerja itu..kadang2 dia pun malas jawab.
dengan budak2 yang nakal..susah untuk aku uruskan..blur! sangat blur! 

9am:makan pagi
9.30am:belajar
11am:mandi dan makan tengah hari
12pm : tidur
3pm:bersiap2 untuk mandimain2
5pm: pulang

pekerja di situ pula garang2, terutama mok sah..hehe ..
Baguslah mok sah garang dengan budak2, supaya budak2 xadalah pijak kepala..tapi dengan aku pun terkena tempiasnya, sampai aku pun takut nak menegur..hehe..

semasa time tidur,
ada sorang budak perempuan ini , orang panggilmnya kakak, dia sakit perut,dan nak buang air besar tapi x nak buang dalam bilik air,sembelit. lalu aku bagi lah dia pampers, ketika itu mak sah pergi ke taska sebelah milik ummi juga.
dia kata dah penuh pampers itu dan xnak buang lagi dh..lalu aku buang la pampers itu..

lepas beberapa minit, dia kata 
"cg , akak nak berak lagi"
aku pun cepat2 bawak dia ke tandas, xsempat nak mangkuk tandas, dia sudah pun buang di atas lantai,Allah..last2nya aku juga kena bersihkan ..dengan lubangnya tersumbat..
semua aku uruskan...

hari kedua, aku diberi peluang menjaga bayi diantara umur 5 bulan -11 bulan..
keadaan disitu sangat sunyi, yang dengar hanya tangisan bayi2 yang kelaparan, ada bayi yang boleh menerap, menjulur..
yang menjulur akan menghampiriku..seronoknya..
(rasa cam x sabar nak kahwin,haha)
tapi aku x pandai nak mandikan bayi , jadi proses pelancaran kerja jadi terbantut..pekerja hanya aku dan kak zura..

 yang ditengah tu selalu nak dekat dengan orang, sebab dia suka
orang yang pakai spectacles..makan pun nk dengan orang..
sampai pekerja panggil anak diba dh..hehe



 Budak ini sangat comel, namanya aisyah,
mak nya seorang doktor..


Kembali menjadi penjaga 3 dan 4 tahun..


suatu hari, kata ummi , JKM nak datang,
keadaan menjadi kelam kabut,.. aku mengemas apa yang patut..
aku nak pergi menyapu kat hadapan ..tiba-tiba aku mendengar salam daripada luar..aku tinggal la penyapu kat ruang tetamu..
berdebar aku..aku jemputlah diaorang masuk..
padahal bukan JKM tapi persatuan muslimah,,


mereka nak bergambar pulak..




lembu makan apa??
lembu makan telur....

kalau itu yang di ajar maka itu lah juga yang disebut..maka berhati-hati dengan apa yang dikata dan apa yang kita buat..they have a high imitation..nak cuba new something..
because curiosity always kill the cat..

Aku cikgu budak 3tahun

 ni asif namanya, selalu datang lewat..
kalau dia kata x nak buat aktiviti, kiteorang biarkan je, sebab dia
menghidapi masalah kekurangan darah dalam badan..
jadi muka dia kadang2 pucat sebab oxygen xdapat nak supply..
pendiam tapi bila geram, dia akan gigit tangan budak itu..
selalu berminat untuk belajar..pandai abc , alif ba ta









namanya haziem.paling malas mandi pagi..sampai aku kena angkat tubuhnya ke tandas.suka usik orang, tapi bila dia yang kena, susah nak henti menangis..bila menangis, satu rumah dengar,
bila nak tidur ,botol susu mesti kena hisap walaupun dah habis ..


ni ammar , pagi2 selalu bawa coklat..

 budak ni selalu kena buli, sebab dia manja,suka merengek, suka duk dekat aku..kadang2 aku suruh jugak dia ni pergi bergaul..
ni angah..adik kepada kakak tadi..
budak ini sengih je memanjang , tunjuk gigi nya..he he he..hehehe..susu je pagi tgh hari malam, nasi kurang nak makan..


bila umur 3 dan 4 tahun bergabung...

 ni darwish , dia ni ada sifat kepimpinan,kononnya ketualah semua budak2 ikut dia..setiap hari mesti gi kedai untuk beli permainan ngan mok sah..
Nih kak zura...stiap petang mesti gi bazar dengan dia, dia duk kat taska sebab rumahnya jauh di dungun..


kak efa, aku and kak zura..
kak efa ngan kak zura umur 23 tahun..



budak-budak mesti diajar dengan baik,dididik dengan penuh kasih sayang, masanya banyak berada di taska..maka penjaga taska sebagai ibubapa keduanya..Namun, aku masih gagal dalam sesi belajar.
aku x mampu mengajar kesemuanya sebab mereka hendak bermain je.. kadang2 aku ajar budak yang betul2 nak belajar. tapi kalau dengan ummi dan moksah,mereka mampu mengawal 30 orang budak..
budak2 x takut dengan aku..kadang2 bila aku tegas, makin dia lari..








Saturday, July 4, 2015

Kesakitan yang dialami

di kala aku mencoretkan kisah ini,aku masih lagi dalam keadaan demam.

hari rabu baru-baru ini,1 Julai ,aku mengalami demam panas yang sangat teruk,.
aku terlalu banyak bercakap dengan kakak yang baru bekerja, sehingga aku pening kepala..
dia pun banyak cakap..cerita itu ini, tunangnya , then beralih ke arah kosmetik dan macam macam lagi,padahal first time baru berjumpa.
sakit kepala usah dikata, bagai menyucuk cell membrane aku..

"dibah gi la tidur dulu, awal lagi ni, budak2 tu tidak bangun lagi" kata mama sah yang merupakan pekerja setia taska tu,

aku apatah lagi, terus meluncur masuk ke bilik kerana tidak tahan dengan sakit ini...

setibanya di rumah, badan rasa lemah, longlai..orang kata nak buat sesuatu kerja itu hanya mampu melihat dengan lirikan mata, terbaring terkaku di atas katil..
sebak didada , menyesali diri di atas perbuatan bercakap banyak..
ini mungkin peringatan buatku,
pada bulan ramadan orang banyakkan berzikir nih aku banyak pula celotehnya.
dan pada malam itu aku tidak pergi terawih,aku hanya tidur tidur tidur..
makan pula tidak lalu makan...bila makan rasa nak jeluak...

"wek!wek!wek!"tapi tak keluar sisa makanan, ini dipanggil angin, angin menendang sisa untuk keluar tapi tidak keluar.. perut itu bagai sppring bila angin menendang.




ya, terus bersabar dan berdoa..


KHAMIS-, walaupun tidak larat namun ku cuba gagahkan diri, paksa kan diri untuk mengorak langkah ke taska..lakukan kerja seperti biasa,
bila aku demam ,mata akan rasa panas lalu keluar la air mata di kelompak mata,kaki mula menyejuk , dan tulang2 pula rasa sakit,  lenguh, badan cepat sereban , kepala rasa berpusing-pusing.tekak rasa sakit sebab kurang air masak, .. Oh Tuhan berikan ku kekuatan untuk ku jalani ibadat terawih..aku fikir,refleks diri, kalau aku mampu menguruskan taska dalam keadaan tidak sihat itu, kenapa aku x mampu untuk solat terawih???
aku paksa, aku paksa,set mind first..time sahur pula, makan semulut wek lagi..lalu aku ambik inisiatif untuk minum nestum,memang doktor kata perut aku kecik sebab tu aku xboleh makan banyak2..

SABTU- emak suruh berbuka hari sabtu tu kerna tidak tahan melihat aku buerk.tapi aku sayang untuk membukanya..berbuka di rumah nenek,. cik ja n keluarga dan mak alang anak beranak pun turut sertai iftar ..aku rasa nak buerk didepan mereka tapi cuba ditahan , sebab kena jaga adab nya,
kalau ku di rumah , di tempat tu jugak aku buerk.seusai makan , aku terus berlari ke bilik air untuk muntah. perut lapar lagi ,
cepat2 mintak mak balik sebab nak makan maggi, terliur nak makan maggi, sllrrrppp..

tapi bila dah buat..maggi tidak habis ..rasa nya berbeza daripada sebelumnya,

"mulut x sedap semua makanan rasa x sedap"
"x, rasa lain" aku cuba nafikan..

lalu aku makan sekeping roti bersama jem strawberi, yang tepi tu buang..

dan hari ini ,emak ajak pergi klinik tapi aku tak mahu, aku mahu pergi mengurut..






Thursday, June 25, 2015

Looking Back At Me

When I look into the mirror,
i see all my faults and imperfections,
i see how awkward my stance is,
how small my ears are,
how wide my body is,

When i look into the mirror,
i see a girl loking back at me,
She's the only one who always besides me,
always understands me,
She watches me when i laugh,
she watches me when i cry,
She watches me when i lose my temper,
she sees how beautiful i am inside,

 When i look into the mirror,
i see everything you make fun of,
i see everything that identifies me,
i see everything i am,
when i look into the mirror,
i am proud what i see,
i am an individual and i define me,
how beautiful i am that Allah creates...


Tuesday, June 9, 2015

ukhwah semanis madu

Salam mujahadah kepada pembaca muslimin serta muslimat sekalian. Apa khabar dengan iman dan taqwa kalian ? Sihat sejahterakah mereka atau pun sakit yang memerlukan rawatan ? Jika sakit, segeralah ubatinya dengan memperbaharui iman di dada. Jangan biarkan kesakitan itu melarat sehingga tidak lagi bisa disembuhkan. Mudah-mudahkan kita semua diberkati serta dirahmati Allah Taala. InsyaAllah. 

Kali ini entri saya tentang Persatuan kebajikan islam malaysia,
Rehlah yang diadakan sebelum aku menghadapi peperiksaan akhir semester akir di cfs..
Alhamdulilah, aku ada mereka, mereka ada aku, hati aku seolah-olah rumah yang kosong tanpa ukhwah yang dibina ini,,
pergi bukan HANYA untuk liburkan diri, tapi untuk berkongsi pahit manis di dalam persatuan ini..


pergi dengan bas , naik bas free, happynya, jimat duit,,hehe

 ini ahli daripada biro dakwah dan tarbiah..biro ini paling aktif, tunggak utama pada perkim,,





main-main buaya biawak..



inilah senior yang menguruskan halaqah ilmu, aku,intan, dan afifah..
aku selaku bendahari perlu mencari duit tambahan untuk menampung majlis ini..
jual kerepek, coklat untuk dapatkan duit tambahan..


 Hati kita masing-masing dihuni cahaya
Dan ruh-ruh disaa telah saling melihat kilaunya
Merasai pertemuan kembali yang lama din anti
Maka wahai para nurani,saling berlembutlah
Karena kalian sedang berpelukan,dalam dekapan ukhuwah








Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara , karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.



kem kepimpinan

ASSALAMUALAIKUM YA AHLI JANNAH.

Post kali ini, bukannya saya menjadi ahli pimpinan tetapi datangnya saya ke wangsa maju, Kuala Lumpur untuk menjadi komitee kem ini selama 3 hari 2 malam..
Jujur saya kata, saya x pernah melibatkan diri dalam katering,
saya bagitahu kat seorang lelaki yg handle this proggramme ,saya nak jadi ahli spetech yg mana kerjanya hanya mengurus modul adik2, tapi ditakdirkan mengurus sebagai katering..oh tidak!!!!!!
aku tak pandai nak masak,,,!!
aku cerita kat mak..mak gelak2..mak kata" rasa lah nanti duk di dapur, belajarlah"
aku luahkan rasa ni kepada kawan yang merupakan komitee catering jgk,
lalu dia bagi semangat and support..

"xpela , masa ini untuk kita belajar, saya pun bukannya pandai, kita sama2 sahut cabaran dalam bidang ini.hee, kita campak-campak aje"
"yeah, tapi kalau saya xpandai masak, jatuhla nilai sy pada pndgn laki,hee..xpe2..saya buat2 pandai..
"haha"

on the way nak pergi,
memang terlepas stesen lrt,..aku pergi dengan aisyah dan seorang adik..
sebab masing2 tidak tahu masjid tu kat mana..
dalam lrt, otak aku sibuk menyusun masa untuk siapkan assignment yg berlambak..
hanya mampu positifkan diri saja ketika itu..ditambah lagi research kena reject..ok tu lain crite k..
 kerana yakin,,,,
Allah akan permudahkan segala urusan orang yg berjuang di jalan Allah..

ini lah ahli komitee..hehe..asalnya ada 6 orang perempuan , tapi yg tinggal hanya 4 orang(sham ieda,misha,farah n aku) ini
saja.2 orang ada kerja lain di cfs."kita power".. lelaki ada 4 orang, tapi yg selalu nampak 2 orang saja, azim dan amirul,..
2 orang lagi kejap ad kejap xde,,dengar crita tolong2 komiti yg lain..


second day, its normal,telefon mak, cerita keadaan disini,duduk kat dapur,..memasak..memasak..sediakan makan pagi,mkn pukul 10,makanan tengah hari,makan petang, makan malam pula,supper pulak...
tetiba sedih, rasa penat sangat..
dalam hidup aku, aku tidak pernah duduk di dapur memasak jer kerjanya , dari pagi hingga malam..
tengok adik2  pun tidak sempat, 
kali ini juga aku kena membasuh kawah besar...gonyoh sekuat2..
bila tidak cukup makanan untuk akak2 abg2, kiteorang cuba buat makanan lain,tidak kiralah,asalkan boleh makan..asal perut mereka kenyang..
perut orang dapur selalu kenyang..
pada masa yg sama, aku belajar bercakap dengan lelaki atas urusan kerja,,




akulah yang goreng ikan .




sembang2...bertukar2 cerita, bertukar2 resepi turun temurun..


 nasi goreng yg dibuat tidak cukup, maka mee halus ni kita cuba buat,,\


Antara lelaki dan perempuan , mana paling sedap masakannya,
i think that man is the master chef...
lelaki yang masak nasi goreng, tomyam,,memang pergh, pergh pergh...
mereka lebih seni,,berhati2 dalam menentukan kuantiti,,


 dan komiti yang lain ada yang datang menjenguk, ada yang tolong2..ada yang bersembang..
I am very happy with doing all this,,
kita bagi makan kat orang,banyak pahalanya..masyaAllah..

adik2,,,ada yg puji makanan kita, dan tidaklah mereka mencela makanan ..
mereka hanya makan apa yg ada dan cuba menelan makanan yg tidak sesedap mana kerna ini adalah kem..its normal..


lepas pukul 12 malam , ada post mortem ..sehingga pukul 1 lebih..pkul 4 pulak bangun daripada tidur untuk qiam..



hari last,pukul 10 pagi aku leave this place kerna perlu bergegas ke uia gombak untuk mencari buku2 di librarynya,,dan pukul 5 sampai di cfs, dan malamnya bersiap2 untuk dinner night,,
(farah,aisyah, aku)



يا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى اْلأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ اْلآَخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي اْلآَخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ (38) إِلاَّ تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah akan menyiksa dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. At-Taubah: 38-39)




Monday, February 16, 2015

Tanggungjawab itu satu amanah..

tanggungjawab itu sangat berat..sehinggakan gunung ganang pun tidak mahu memikulnya,,,
namun ..setiap manusia mempunyai tanggungjawab tersendiri...
aku diberi amanah untuk memegang sebagai program manager dalam program kecantikan noticeboard..
this is my first experience,,debar..tapi sahut cabaran..
yang banyak membantu saya ialah..farah sakinah..thank u yer for guiding me..
i learnt do the proposal to get improvement from principle..
i learnt how to handle budjet...
and so on..




cantik x??
hehe..ni semua aku yang beli..(cam nak bangga je)
madam azrina pun kata cantik....
yang penting...cooperation antara line up hisbah dengan resindent of hisbah ummu atiyyah..
kebetulan ..
aku ada kelas ..
so aku tinggalkan semua kerja ini kepada program coordinator..


alhamdulilah akhirnya berjaya siapkan..
muka ceria..

Kerna Terlalu Bosan

Bosan! bosan! bosan!
ku ingin bebas !keluar daripada cfs..and lihat ragam manusia..
tengok keadaan di luar sana..
ditinggalkan roomate2...
kesian..namun sudah terbiasa...buat apa nak dikesalkan..
hidup ini tidak terlepas daripada keseorangan..
Allah sentiasa di sisi,,
buat apa mengharapkan manusia yg tidak kekal bahagia..

aku telefon husna...
"husna..awk buat apa??jom keluar...!'
"herm ..saya dah ada kat sogo ni..awak x cakap awal2 nak pergi jugak...."
"its okay..next timela keluar dengan awk"

aku telefon pula bahirah..
"bahirah, jom keluar!"
"diba, saya tidak berapa sihat la ...maaf"
"its okay, saya faham"

aku telefon pula sham ieda..
"ida, nak ajak awak keluar .."
"awak nak pergi mana"
"saya x kisah pergi mana pun asalkan dapat keluar..stress duk keseorangan"
"ok saya memeang nak keluar ni,,,sekarang saya dah turun..saya tunggu awak kat cafe..kita gi jaya one"
"yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayyy betapa happynya,,,"

 okeyh,,,ini ida, al and dieb..diorang ni pernah datang umah aku semalaman..melancong di terengganu..

kembali ke sekolah!!!yeayy!!macam real je kan??hihi


 really love science..but....nak jawab exam tu yang x tahan..so goodbye science..