Thursday, August 6, 2015

my future husband

kawan-kawan aku selalu tanya aku "eh, apa criteria husband kau??"
"diba xde ehem2 ke?"
kawan yang aku percayai , aku cerita yang aku pernah ada someone di dalam hatiku semasa aku umur 18,masih lagi ada hati dengan si L sampai sekarang..tapi bagi yang tidak tahu, mereka terus beranggapan yang aku tiada someone special...
namun, aku terus biarkan mereka dengan anggapan tersebut..
sejak itu, kalau aku mnat someone aku hanya pendam saja..sebab aku takut untuk melakukan perkenalan dengan seorang lelaki setelah sakit yang ku khianati sendiri..


Osman Affan berkata "kita kena tulis apa kriteria or impian kita 10 tahun akan datang di dalam buku, mungkin ada sebahagiannya drpd criteria dikabulkan Allah..kamu tengok balik apa yang kamu tulis 10 tahun akan datang"

aku berkahwin pada umur 24 or 25 tahun..selepas 4 tahun ijazah ,aku nak sambung master dalam bidang bahasa arab atau syariah, in shaa allah..so kriteria husband aku, aku mahu dia seorang yang berlainan bidang dengan aku (b.arab), .nanti, aku boleh belajar drpd bidang dia, dan dia boleh belajar arab sama2..oh so swait..tapi klu dapat yang dua2 b.arab xde masalah pun..Biarlah dia sederhana daripada rupa paras asalkan dia berakhlak mulia..dia pandai dalam ilmu agama, selalu ajak aku solat berjemaah, mampu didik aku menuju syurga Ilahi dan menegur kesilapan aku..dia lah teman setia aku hingga ke syurga..aku mahu seorang mudah diajak berbual, dia mampu bergaul dengan semua orang tanpa janggal..dan boleh buat lawak yg bermanfaat..suka menghubungkan silaturahim..
orang yang suka hubungkan silaturahim, Allah akan panjangkan umur dia ...aku harap dia boleh terima kelemahan aku dan kelebihan aku seadanya , begitu juga aku..
ini sebagai sampingan, Aku harap suara dia merdu dan pandai bertaranum..aku mahu anak2ku(6/7 orang) selalu dihiburkan dengan taranum daripada alquran, nasyid..oh indahnya bila selalu dekat dengan Allah..Anak-anakku akan ku hantar ke sekolah agama / tahfiz..
Aku sangat2 sukaq kucing, aku harap dia pun suka..hehe

ini kita..


wahai bakal suamiku,
sekarang umurku baru masuk ke alam 2,
aku menjadi seorang yang matang 40%,'
aku tidak tahu kamu di mana,
tapi aku yakin, engkau sepertiku, 
sedang menyiapkan dirimu dengan ilmu agama dan rumah tangga,
supaya kau mampu didik isteri serta anak2mu,
kau sedang dilatih Dia menjadi mujahid yang hebat,
hingga aku bangga memilikimu..
aku bakal menjadi isterimu,
aku patuh dan taat akan perintahmu,
kerna aku tahu syurga ku di bawah tapak kakimu..
semoga hubungan kita ini ada keberkatan dan kekal hingga ke syurga,
sama2 kita masuk syurga..
aku akan menanti mu wahai bakal suamiku.,,
aku berusaha , berusaha menjadi sebaik2 wanita untukmu
apa yang ku miliki hanya untukmu sayang.. 
aku akan sentiasa mendoakanmu..
dipertemukan dalam keberkatan Ilahi..

wahai nafsuku,
bersabarlah seketika,
jangan kau rosakkan hati kau lagi dengan cinta yang separuh jalan,
yang tidak membawa makna..
biar cinta manusia yang cuba sentuh hati mu berada di tangan sahaja,
aku tidak akan sentuh hati aku lagi sehingga Allah titipkan perasaan cinta  kerana Allah..
sabar ! sabar ! sabar!








Sunday, August 2, 2015

Saya Nak Kerja!

Salam Sejahtera,
Gembira hati ini setelah dapat merasai nikmat alam pekerjaan walaupun seketika..
Alhamdulilah..
aku berkerja bukan kerana untuk duit beratus2, tapi tujuanku ini lebih kepada pengalaman,
aku ingin diriku yang baru,yakni seorang yang matang dari segala aspek,..

Suatu hari, aku terlalu bosan tinggal di rumah memandangkan cuti semester masih panjang,
lalu aku bertekad untuk bekerja sebagai penjaga taska, 
aku luahkan keinginan ku ini kepada parents, tapi mereka gelakkan aku..

"larat x nak kerja bulan puasa ini"
"ma rasa dalam sehari kerja, mesti dibah berhenti kerja"
"camne lah dibah nak basuh  kencing berak budak2"
"nak kerja apa budak2 lagi"


mereka menggangap aku seolah2 budak darjah 1,mungkin.
Namun, niat di hatiku tak pernah luntur.. mereka tidak yakin denganku maka ,
aku mesti buktikan kepada mereka.
Petang itu juga, aku pergi round taman aku, mencari taska..dan mengambil no. telefon untuk meminta kerja..

Aku diterima kerja di taska Ummi selama sebulan kerna aku perlu ganti orang.taska ini  terletak di deretan rumah teresku..maka aku pergi ke taska dengan jalan kaki,

Hari first aku diarahkan untuk menjadi penjaga juga cikgu kepada . sangat stress, pekerja di situ langsung x bagi jadual waktu.. menjadikan  aku gelap gambar.. apa aku perlu buat??pukul 10 aku kena buat apa??aku selalu tanya pekerja itu..kadang2 dia pun malas jawab.
dengan budak2 yang nakal..susah untuk aku uruskan..blur! sangat blur! 

9am:makan pagi
9.30am:belajar
11am:mandi dan makan tengah hari
12pm : tidur
3pm:bersiap2 untuk mandimain2
5pm: pulang

pekerja di situ pula garang2, terutama mok sah..hehe ..
Baguslah mok sah garang dengan budak2, supaya budak2 xadalah pijak kepala..tapi dengan aku pun terkena tempiasnya, sampai aku pun takut nak menegur..hehe..

semasa time tidur,
ada sorang budak perempuan ini , orang panggilmnya kakak, dia sakit perut,dan nak buang air besar tapi x nak buang dalam bilik air,sembelit. lalu aku bagi lah dia pampers, ketika itu mak sah pergi ke taska sebelah milik ummi juga.
dia kata dah penuh pampers itu dan xnak buang lagi dh..lalu aku buang la pampers itu..

lepas beberapa minit, dia kata 
"cg , akak nak berak lagi"
aku pun cepat2 bawak dia ke tandas, xsempat nak mangkuk tandas, dia sudah pun buang di atas lantai,Allah..last2nya aku juga kena bersihkan ..dengan lubangnya tersumbat..
semua aku uruskan...

hari kedua, aku diberi peluang menjaga bayi diantara umur 5 bulan -11 bulan..
keadaan disitu sangat sunyi, yang dengar hanya tangisan bayi2 yang kelaparan, ada bayi yang boleh menerap, menjulur..
yang menjulur akan menghampiriku..seronoknya..
(rasa cam x sabar nak kahwin,haha)
tapi aku x pandai nak mandikan bayi , jadi proses pelancaran kerja jadi terbantut..pekerja hanya aku dan kak zura..

 yang ditengah tu selalu nak dekat dengan orang, sebab dia suka
orang yang pakai spectacles..makan pun nk dengan orang..
sampai pekerja panggil anak diba dh..hehe



 Budak ini sangat comel, namanya aisyah,
mak nya seorang doktor..


Kembali menjadi penjaga 3 dan 4 tahun..


suatu hari, kata ummi , JKM nak datang,
keadaan menjadi kelam kabut,.. aku mengemas apa yang patut..
aku nak pergi menyapu kat hadapan ..tiba-tiba aku mendengar salam daripada luar..aku tinggal la penyapu kat ruang tetamu..
berdebar aku..aku jemputlah diaorang masuk..
padahal bukan JKM tapi persatuan muslimah,,


mereka nak bergambar pulak..




lembu makan apa??
lembu makan telur....

kalau itu yang di ajar maka itu lah juga yang disebut..maka berhati-hati dengan apa yang dikata dan apa yang kita buat..they have a high imitation..nak cuba new something..
because curiosity always kill the cat..

Aku cikgu budak 3tahun

 ni asif namanya, selalu datang lewat..
kalau dia kata x nak buat aktiviti, kiteorang biarkan je, sebab dia
menghidapi masalah kekurangan darah dalam badan..
jadi muka dia kadang2 pucat sebab oxygen xdapat nak supply..
pendiam tapi bila geram, dia akan gigit tangan budak itu..
selalu berminat untuk belajar..pandai abc , alif ba ta









namanya haziem.paling malas mandi pagi..sampai aku kena angkat tubuhnya ke tandas.suka usik orang, tapi bila dia yang kena, susah nak henti menangis..bila menangis, satu rumah dengar,
bila nak tidur ,botol susu mesti kena hisap walaupun dah habis ..


ni ammar , pagi2 selalu bawa coklat..

 budak ni selalu kena buli, sebab dia manja,suka merengek, suka duk dekat aku..kadang2 aku suruh jugak dia ni pergi bergaul..
ni angah..adik kepada kakak tadi..
budak ini sengih je memanjang , tunjuk gigi nya..he he he..hehehe..susu je pagi tgh hari malam, nasi kurang nak makan..


bila umur 3 dan 4 tahun bergabung...

 ni darwish , dia ni ada sifat kepimpinan,kononnya ketualah semua budak2 ikut dia..setiap hari mesti gi kedai untuk beli permainan ngan mok sah..
Nih kak zura...stiap petang mesti gi bazar dengan dia, dia duk kat taska sebab rumahnya jauh di dungun..


kak efa, aku and kak zura..
kak efa ngan kak zura umur 23 tahun..



budak-budak mesti diajar dengan baik,dididik dengan penuh kasih sayang, masanya banyak berada di taska..maka penjaga taska sebagai ibubapa keduanya..Namun, aku masih gagal dalam sesi belajar.
aku x mampu mengajar kesemuanya sebab mereka hendak bermain je.. kadang2 aku ajar budak yang betul2 nak belajar. tapi kalau dengan ummi dan moksah,mereka mampu mengawal 30 orang budak..
budak2 x takut dengan aku..kadang2 bila aku tegas, makin dia lari..