Wednesday, August 2, 2017

Dulu benci sekarang sayang

Semester 3,2016

lecturer yang bernama Dr. Ustazah raihan ,mengajar subjek bayan dalam balaghoh,orangnya tegas,garang ,rendah,mudah ingat nama dan pantang anak muridnya berbicara dalam kelas pasti diajar budak itu..mahasiswa sudah kenal dengan perwatakannya..

Aku,
awal- awal semester aku sudah ponteng kelas ustazah, bukan untuk menjadi nakal, tapi banyak subjek yang perlu diregister.
Hari pertama kelas, ustazah akan mengadakan test untuk menentukan tahap Bahasa arab seseorang,
kemudiannya ustazah akan gabungkan orang yang lemah dan pandai dalam satu group supaya seimbang, supaya yang pandai boleh ajar yang lemah..
dan aku pula bersama group yang tidak datang pada hari pertama itu..

 liyana,adibah,fadzil
dan inilah group aku,asalnya ada 6 orang, seorang mustami, seorang lagi tiba-tiba buat keputusan untuk tangguh semester untuk jaga ibunya, dan seorang lagi selalu sakit..
maka 3 orang inilah yang berjuang bersama-sama untuk naikkan markah kumpulan..
kalau laki tu tidak datang kelas xpe, tapi kalau liyana tidak datang, aku pun juga x datang,kira berpakatlah..haha

Setiap yang kita baca, setiap yang ditanya, setiap yang dijawab pasti ada markah, kalau kamu tidak bercakap maka zerolah hidup kamu..latihan mesti disiapkan ,nota mesti kemas..
dan selalu muka-muka inilah yang berkongsi jawapan, berbincang dalam group..
korang dapat bayangkan x, orang lain ada 6 ahli satu group tapi aku 3 orang je ahli group...kadang bila ditanya ada yang boleh jawab,ada yg tak boleh jawab...kitaorang survive jugak untuk jawab, tapi ustazah selalu datang kat group kitorang ..

Ustazah terkenal dengan perangainya yang tidak suka pelajarnya menulis atau membaca buku ketika dia mengajar, buku ditutup,wajib ke atas pelajar menumpukan perhatian kepada percakapannya..

waktu kegemilangan aku, haha ketika mana semua orang tak boleh jawab tapi aku boleh jawab, korang jangan ingat aku senyap aku tak berisi ya,...
dua tiga kali aku boleh jawab soalan yang ditanya, ustazah pun puji aku...
"tengok adibah, boleh jawab" "bagus adibah"

namun hari tidak selamanya cerah ...

satu hari, aku terlanjur tindakan..
kelas pukul 8 pagi, aku menulis ketika dia mengajar..lalu di soundnya aku..
" Adibah.,,.!!! kamu tidak faham bahasa ke, saya suruh tutup buku, kamu dengar x?????!!!
memang waktu tu aku terkejut sangat sebab aku memang betul2 lupa....

dan bukan aku saja yang kena sound kuat, orang lain juga..
kawan rapat aku sendiri , ditanya tentang nahu dan dia tidak boleh menjawab, memang habis-habisan lah ustazah tu tanya sampai habis masa..
memang ustazah nak ajar budak-budak, belajar bahasa arab bukan setakat baca je..kena tahu kenapa dan kenapa...kadang belajar satu dua muka surat je ...

pertengahan semester..
setiap group kena gabung dengan group lain...untuk buat projek..
group aku gabung dengan group hafizudin..
dan ketika itu, ustazah suruh fikir projek apa yang kamu mahu buat..
group itu buat kelas kat sekolah, group sana buat games di cac , group sini buat jualan..
dan group aku masih buntu...
kitaorang cadang mengajar alquran kat budak2, kena reject,dan macam2 idea tapi ditolak mentah-mentah..lalu ustazah suruh group kitaorang buat teater di atas pentas ketika MAHAR FESTIVAL..
semua rasa macam itu satu amanah yang sangat berat.. kami terima..

hafizudin- ketua
mahmudah-penolong
adibah-bendahari

setiap group mesti mencari dana untuk projeknya.
kitaorang jual sandwich,kerepek dan jual buku bahasa arab, dan alhamdulilah, duit kitorang mencecah beratus-ratus ringgit hasil jualan bersama...
dan sebahagian duit, salurkan kepada syria..

dan teater kitaorang bartajuk "يا آيها المسلمين ز اين انتم" masing2 mencari isi kandungannya, dan setiap orang kena bercakap..













 sebelum rehearsel..

dan hari yang ditunggu telah tiba,...
sound effect, background, speaker, prop..lancar,...
dan teater kami ditontor oleh pelajar ukm, uia dan um...
waktu hari kejadian memang setiap orang kena jiwai part masing2, dengan letupan disana sini, membayangi keadaan  di Syria..
 aku menjadi doktor dan penyair



akhirnya selesai....
 terima kasih datang support..





dan kelas ini menjadi satu kenangan yang takkan kami lupakan...
nasihat ustazah...
'belajar bahasa arab biar betul2, jangan main-main, masa kat universiti inilah kita nak kaut semua ilmu,,,,ustazah garang, marah sebab nak ajar kamu, menjadi orang yang berdisiplin..
menjadi orang yang berguna pada masa akan datang nanti"

No comments:

Post a Comment