Saturday, May 13, 2017

KRONOLOGI SEJARAH KHULAFA' AR RASYIDIN


⚜ *632M*- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
⚜ *633M*- Pengumpulan Al Quran bermula.
⚜ *634M*- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
⚜ *635M*- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
⚜ *636M*- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
⚜ *637M*- Mesir ditawan.
⚜ *638M*- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
⚜ *644M*- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
⚜ *645M*- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
⚜ *647M*- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
⚜ *648M*- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
⚜ *656M*- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
⚜ *657M*- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
⚜ *659M*- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
⚜ *661M*- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
⚜ *661M*- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya
seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

Di antara أفضل كتاب & أفضل الكتب

Soalan :
Boleh tak kita kata أَفْضَلُ الكِتَاب dengan meletakkan alif lam pada perkataan كِتَاب dalam keadaan kehadirannya dengan lafaz mufrad? Jawapan : Tidak boleh. PERINCIAN Jika kita menggunakan rangkai kata [ Isim tafdhil + Mudhaf Ilaih ] maka perkara terpenting yang perlu diberikan perhatian adalah benda yang diberikan bandingan lebih mesti sebahagian daripada benda yang dibandingkan. Misalnya خَالِد أَفْضل الطلاب (Khalid ialah pelajar terbaik). Benda yang diberikan bandingan lebih (al-fadhil) ialah خالد dan benda yang dibandingkan atau diistilahkan sebagai al-mafdhul ialah الطلاب. Jadi asasnya dalam perkara ini ialah al-fadhil mestilah sebahagian daripada al-mafhul. Perkara ini sesiapa pun dapat memahaminya. Saya jelaskan lagi. Bila kita kata “Ali ialah pelajar terbaik di sekolah Melele”. Apa maksudnya? Maksudnya Ali ialah sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah Melele. Ali itu kita namakannya sebagai ‘fadhil’ dan pelajar sekolah Melele pula ‘mafhul’. Saya ulang, fadhil dalam rangkai kata seperti ini mesti sebahagian daripada mafdhul. Maknanya fadhil bersifat جزئي manakala mafdhul pula bersifat كليّ. Jadi sekarang apakah benda yang bersifat كُلِّيّ ini? Benda yang bersifat كُلِّي ini ialah lafaz jamak seperti الكتب dan isim mufrad yang boleh dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil seperti الجسم (tubuh badan). Contohnya jamak ialah كتابك أفضل الكتب dan contoh isim mufrad yang boleh dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil pula ialah الرأس أنفع الجسم. Jadi الجسم itu ada اليد, ada الأنف ada itu dan ini. Tapi yang paling bermanfaat ialah الرأس. Jadi bila ada orang tanya bolehkah kita kata كتابك أفضل الكتاب dengan menggunakan lafaz mufrad untuk perkataan الكتاب? Jawapannya tidak boleh. Kalau nak buat juga mestilah ditukar kepada kata jamak, iaitu الكتب. Dengan lafaz jamak barulah كتابك menjadi sebahagian daripada الكتب. Tapi kalau kita guna lafaz mufrad, iaitu الكتاب maka كتابك tidak mungkin menjadi sebahagian daripadanya. Baik, ada cara lain tak selain guna jamak? Ini poinnya. Ya ada. Caranya ialah menakirahkan isim mufrad tersebut. Yakni perkataan الكتاب kita jadikannya sebagai isim nakirah. Kita kata كتابك أفضل كتابٍ. Kata al-Shabban ketika menghuraikan contoh al-Aysmuniy زَيْد أفْضل رَجُلٍ di dalam Hasyiahnya, Hayiah al-Shabban ‘ala al-Asymuniy 3/68 : وجاز كونه مفردا مع كون أفعل بعض ما يضاف إليه، فالأصل أن يكون جمعا لفهم المعنى وعدم التباس المراد ووجب تنكيره لأن القاعدة أن كل مفرد وقع موقع الجمع لا يكون إلا نكرة، فإن جئت بأل رجعت إلى الجمع وإن جمعت أدخلت أل. Maksudnya: Di sini mafhul boleh hadir sebagai isim mufrad dalam keadaan ia adalah mudhaf ilaih kepada benda yang sebahagian daripadanya. Yakni زيد itu sebahagian daripada ‘lelaki’. Sepatutnya ‘lelaki’ itu mesti hadir dalam bentuk jamak seperti yang dijelaskan sebelum ini. Tapi di sini lain pula. Ia hadir dalam bentuk mufrad. Kata al-Shabban : Ia harus (جاز). Mengapa harus? Jelas beliau, asalnya ia mesti jamak kerana dengan lafaz jamak boruh diterima akal dan tidak berlaku kecelaruan maksud. Jelas beliau lagi : Wajib jadikannya nakirah (وجب تنكيره). Maksudnya harus di sini adalah bersyarat, iaitu wajid dinakirahkan. Kenapa nakirah? Sebab isim yang membawa makna jamak ialah nakirah. Kata beliau والقاعدة أن كل مفرد وقع موقع الجمع لا يكون إلا نكرة. Tapi bila kita masukkan أل kita kena jamakkannya semula. Kita kata زيد أفضل الرجال. Sambung beliau lagi, bila kita jamak maka kena masukkan alif lam. Maksudnya kita tidak boleh kata زيد أفضل رجال. Tambahan yang terkeluar tajuk, tapi ada faedahnya disebut : Adapun isim mufrad nakirah ada ketikanya bermaksud khusus, iaitu apabila berada di dalam siyaq isbat. Mengikut kaedah usuliyah : النكرة في سياق النفي يفيد العموم والإثباث يفيد الخصوص Saya tidak mahu bincangkan tentang kaedah ini. Cukuplah di sini sahaja berkenaan kaedah ini. KESIMPULAN : Kita boleh kata كتلبك أفضل الكتب dan كتابك أفضل كتاب. Tapi kita TIDAK BOLEH kata كتابك أفضل الكتاب dan كتابك أفضل كتب. Perkara yang sama juga dikatakan oleh Syaikh Yasin dalam Hasyiahnya ke atas al-Tasrih, dan di situ ada perbahasan tentang البعضية, yakni fadhil mestilah sebahagian daripada mafdhul. Begitu juga dengan Abbas Hasan di dalam al-Nahw al-Wafi 3/421.

Kenapa dalam ilmu nahu selalu guna nama zaid??


]
Post sebelum ini tentang 'kenapa Zaid dipukul' adalah untuk kita sama sama mencari jawapan kenapa ulama Nahu menggunakan nama Zaid, 'Amru, Bikr dan Hindun sebagai contoh mereka.


Antara sebabnya adalah:-

1) Ilmu Nahu ialah ilmu yang memerlukan banyak contoh. Tidak ada mana mana bab dan masalah dalam Nahu melainkan memerlukan contoh agar dapat difahami oleh pelajar. Bahkan boleh boleh jadi memerlukan sehingga puluhan contoh bagi menjelaskan ilmu ini. Maka sebab itu ulama nahu memerlukan nama yang ringkas agar dapat selalu diulang ulang. Nama yang paling mudah ialah yang terdiri daripada tiga huruf dan yang paling baik adalah yang huruf tengahnya berbaris sukun.

2) Nama seperti زيد، عمرو ، بكر dan هند tidak mungkin dibariskan sukun pada permulannya kerana orang Arab tidak memulakan perkataan dengan baris mati dan tidak juga dibariskan mati hujungnya kerana di situ محل الإعراب. Maka nama nama ini telah dipilih untuk menjadi contoh dalam ilmu nahu.

3) Nama nama ini juga termasuk dalam kategori مصروفة yang boleh menerima baris kasrah, tanwin atau tanpa tanwin. Jadi dengan menggunakan nama ini dalam pada setiap bab akan memudahkan para ulama' nahu untuk memberikan contoh.

Maka sebab itu dalam matan dan kitab Nahu akan sentiasa menggunakan nama Zaid, 'Amru, Bikr dan Hindun.

Kenapa tidak didapati ulama Nahu yang terkemudian mengubah nama nama ini?

Kerana mereka mengikut apa yang telah disusun dan dimulakan oleh ulama yang terdahulu 🙂

Wallahua'lam

Wednesday, January 11, 2017

Perkataan Nikmat dalam Al-Quran

Apakah keistimewaan yang ada pada perkataan nikmat menurut Al-Quran ? Perkataan نعم mempunyai pelbagai derivasi yang Tuhan minta hambaNya perhatikan dan hayati satu persatu. Menurut Imam Al-Raghib Al-Asfahani tentang pecahan-pecahan yang ada pada perkataan ringkas ini: ‎1.النِّعمة (menggunakan baris bawah pada huruf nun) *suatu keadaan yang baik, yang Allah 'terma'kan pada manusia, seperti suatu majlis keramaian yang ada padanya kegembiraan ‎2.النَّعمة (menggunakan baris atas pada huruf nun) *suatu keadaan nikmat yang sementara Allah berikan pada kaum-kaum yang diturunkan bala'. ‎3.الإِنعام *suatu pemberian kebaikan kepada orang yang lain(tidak boleh digunakan kepada haiwan.
‎4.النعيم *keadaan nikmat yang banyak-rezeki" ‎5.النَّعَم *dikhusukan penggunaan ini kepada unta, suatu keadaan seseorang yang mempunyai harta ternakan unta, *tidak hanya tertakluk kepada unta, mempunyai lembu dan kambing ju haiwan)ga termasuk, namun penggunaan perkataan ini terbatal sekiranya tiada unta di dalam sesuatu kawanan haiwan ternakan" ‎6.نِعمَ *perkataan yang digunakan untuk memuji sesuatu" ‎7.نَعَم *perkataan yang digunakan untuk menjawab pertanyaan" Konklusi ringkas: bahawa al-Quran itu mukjizat agung yang kajiannya adalah dalam dan tidak terhingga nilai ilmu yang ada padanya. Maka jelas bahawa setiap perkataan di dalam al-Quran adalah dinamik dan mempunyai variasi yang mampu melemahkan akal manusia.

"الفرق بين "عندي" و "لديّ"


عندي :- إذا كان الشيء في ملكك سواء كان حاضرا أو غائبا Apabila sesuatu yang menjadi milik kamu sama ada ianya hadir ataupun tidak.
المثال للحاضر : عندي الاقتراحات لمنع مشكلة انحلال الخلق والتسكع لدى المراهقين Saya mempunyai cadangan untuk menangani masalah keruntuhan akhlak dan melepak dalam kalangan remaja.
المثال للغائب : ما عندي أسرة وأعيش مقطوعا من الشجرة حاليا Saya tidak mempunyai keluarga dan hidup sebatang kara sekarang
لديّ :- إذا كان الشيء في ملكك، ولا يكون إلا حاضرا Apabila sesuatu yang menjadi milik kamu dan perlu hadir
مثال: لدي ساعة اليد الجديد التي اشتريها أبي عند يوم ميلادي. Saya mempunyai jam tangan yang baru yang dibeli oleh ayah saya semasa hari lahir say

كم الاستفهامية وكم الخبرية


Kam istifhamiyyah digunakan untuk menanyakan bilangan yg diragui dan memerlukan jawapan(berapakah) . Misal :
كم طالبا هناك
Berapakah bilangan pelajar yg ada disana?

كم رجلًا عندك قال الحق 
“Berapakah bilangan lelaki yang berada disisimu berkata benar?”


Kam Alkhobariyyah pula adalah yg bmkna كثير berapa bnyak/betapa dan tdk memerlukan jwpn dan bukanlah pertanyaan .

كم رجلٍ عندك قال الحق
“Betapa ramainya lelaki yang berada disisimu yang berkata benar.


Bersyukur dengan Apa Adanya!

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat, Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan, Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian, Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna, Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung, Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui.. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain. Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"... Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain. Jujur bila berkata, Hayati bila membaca, Ikhlas bila menerima.