Wednesday, May 8, 2013

BUAT PEMILIHAN

Alhamdulilah...da dapt matrik n9 dan interview maktab..
so aku xtaw halatuju kemana lagi,,sepupu ak tu da bli semua keperluan untuk ke matrik..haha..bagusnyela sepupu ak nih..so sekarang aku kena buat preparation untuk interview maktab pada 15 mei di batu rakit..ape ea ak nak bace??isu semasa da..!..pendidikan da! harap2 dipermudahkan segala urusan..

this is interview group..
jika ditakdirkan aku  dapat maktab..ak nak pergilah. xnk berpaling sudah sbb aku tahu banyak kelebihan maktab,..korang nak taw ape??xde pinjaman..hehe..so aku minta bantuan dengan pak sedare ak,dye seorang pensyarahdi maktab perguruan..harap2 dapatla..

matrik  confirm ak xnk pergi cuz kena belajar bio..ak x la berapa minat sangat..hehe..seramai 10 ribu org yang ambil asasi kat uia,,,perghh!!so aku perlu buat banyak2 istikharah dan solat hajat supaya ak mendapat ape yang terbaik dan tabah menghadapinya..




Monday, April 8, 2013

usaha membuahkan hasil

assalamualaikum.....lama betul rasanya x update blog ni..almaklumlah busy memanjang dengan kelas english dan mengaji.....hari detik-detik manis sudah berlalu tapi kejayaan yang dimiliki menjadi semangat untuk terus aku maju ke hadapan...sebegitu juga dengan kalian kn??saat kejayaan ingin dikecapi.usaha kita menjadi taruhannya...angan2 menjadi peransang ..kosentrasi menjadi ukuran.pada-Nya saja disandarkan segalanya...baru la menjadi orang yang berjaya..

SPM....langkah permulaan menuju masa hadapan yang cerah..tidak semestinya apabila kita gagal,impian kita akan menjadi kelam..tetapi atas kekuatan yang ada pada seseorang individu..betullah kata orang ...kekuatan bukan datang dari kekuatan fizikal ..tetapi semangat yang berkobar-kobar..tidak pernah mengalah..

disini saya ingin mencoretkan kisah saya sebelum nak ambil result...last hari peperiksaan ,paper b.arab...aku merasakan ak menjawab soalan dengan acuh x acuh..ak tidak tahu kenapa soalan itu menjadi kekeliruan padahal ak tahu jawapan yang aku bagi tu sbnrnya salah...selepas jer daripada itu,,,aku terus menangis dan menangis dan menangis...sambil menelefon emakku...emakku kata "dbah xyoh risaula..mohon dengan allah banyak2..insyaallah boleh r rezeki dbah.."memeang emakku selalu memberi ak sokongan..kata2 ransangan....aku redhadengan apa yang aku jawab...aku xleyh sesali sbb ia hanya membuang waktu yg berharga..kemudian,mimpi yang tidak berhenti2 mengangu aku...aku bermimpi ak mendapat bdalam sejarah..ak tengok sendiri dalam slip keputusan..da la 2 kali plk tu..sehari sebelum result..mimpi datang dan terus pergi..orang lain cakap aku mendapat 4a...ya allah berdebar nya xterkata rasanya..boleh jadi mimpi menjadi kenyataan atau hanya mainan syaitan??kenapa ak kerap kali bermimpi?mungkin aku terlalu memikirkannya....maybe..!!..semua keluarga ku memberi harapan yang tinggi seperti burung2 yg berterbangan tinggi....

hari yang ditunggu2....sebelum pergi ke sekolah..aku sempat lagi pergi round2 town..unruk ambil angin dan buang kegelisahan ambil ketenangan,,,masa dalam kereta ..dah berapa ramai telefon parents nak tahuresult...apabila aku dan afiqah berjalan menuju meja keputusan..terjumpa la warden kami .."salah sorg dpt tggi jgkla..tp sorg lg xtw "..haha,,,cg ni buat lawak ke per...ketika itu..hati berlawanan dengan perasaan rendah diri ..,berdebar..! ak cakap kat emak" ikah da dapat tinggi tu" sebab aku x yakin dapat  banyak a..
tapi alhamdulilah....ak bersama twin mendapat 7a..emakku x putus2 menjawab call..haha...


apa yang aku buat shingga aku meraih keputusan yang aku sebenarnya x yakin ni..?????

  • untuk tingkatkan eng,aku membuat karangan tentang experience yang panjang then ak hantar ke guru sekulah dan guru privacy aku..haha..kemudian cg akan menanbah apa yang kurang dan membuang apa yang patut,,
  • kerap melakukan solathajat,istikharah dan bacaan yassin..pastikan setiap hari.....beritahu hajat bersungguh insyaallah allah itu maha mendengar,,
  • aku selalu mengulangkaji...gurau2 la jgk...sampaikan adik2 aku slalu cakap "kak ni busy je sampai x sempat nk borak panjg sebb gi kem sne kem sni" ...ad jgk kwn2 ckp"bgus ye study sokmo.." pedulikan la..selagi kita happy kita buat...
  • dalam kelas..ak x ske bertanya secara ramai2.mcm angkat tgn then tanya..tapi ak lebih ske tanye personal..supaya ak lebih faham...
  • setiap petang aku riadah,,,kadang tu hanya berjalan..ambil angin segar,,,klu rajin sikit main badminton or anything yang blh keluar peluh,,sepanjg exam pun men berlari2 untk hilang kn stress yang berterusan...
  • pastikan minum air yang secukupnya walaupun kadang2 bawak air gi sekula tapi x habis sebotol..haha..xkisahla yg pst ak kena minum air masai byk2 sbb pihak asrama mmg sediakan air itu shj...ia mampu melancar kn pemikiran kita...selama sthn t jgk aku pantang drpd mkn maggi,,air bergas..selalu tahan,,,haah..kdg 2 terliur tgk kwn2 relax je mkn..


itu saja yang mampu saya kongsikan...apa yang kita fikirkan akan menjadi realiti bukan angan2 fantasi..yakinlah bahawa jika kita usaha..allah akan memberi kejayaan..bukan didunia tapi di akhirat kelak,,siapa yang menabur angin akan menuai badai...sekian..




Saturday, January 5, 2013

ANDAINYA RASULULLAH MELIHAT AKU BERFACEBOOK


Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian. Tajuknya ‘Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook’. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada ’pro and cons’nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap “d
isebabkan kitafriend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U.” Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting’ dengan seorang kristian.


*Muslimah Dan Facebook*

Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?

Ok, begini ya Rakan-rakan. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?

Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber ‘facebook’ ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.

“Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!”

Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..

Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?

Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.

“Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”

Betul ke ni?

Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,

“Baguslah enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihanconfirm menang ni.”
“Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”
Nampak?

Wahai saudara/saudari ku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, “Eh,dia ni. Nampak je waro’ tapi miang jugak.” “Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?”

Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.

Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.

Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

“Aku menunggumu kerana Allah.”

Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.

Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Ada jugak yang spesis ‘aku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di ‘like’. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.

Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang Lelaki tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kamu, mahalkanlah mahar maruah kamu wahai Muslimah.

Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak ‘melampau’. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqab kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqab yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku? 
Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan

Wednesday, December 26, 2012

kElEmAhAn MaNuSiA


Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. 
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.

alt
Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain.  Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah. 
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian.
Firman Allah yang bermaksud;
"... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah.
alt

 Firman Allah,
" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah. 
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)

MeNaNgIs..!

why woman like to cry ?
"kerana menangis merupakan ubat paling mujarab untuk merawat penyakit emosi dan jiwa"
maklumla , boyfie takbalas mesej call berpuluhpuluh kali tak anwser memang meroyanla .


why man hard to cry ?
"kerana menangis hanya untuk perempuan sebab lelaki mesti macho tough gentle"
maklumla , ego tinggi hati keras otak lembab .


tangis , dia menangis , tangisan . *wazan


Jujur . lelaki diakui payah untuk mengalirkan air mata tanpa sebab yang sangatkukuh serta di khalayak ramai lagilagi kalau duduk sebelah member .
 Maruah beb ! Takgangsterla weiyy !


Tapi kalau perempuan , nak balik cuti pon menangis . Cuti 2 hari je pon . 3 hari 2 malam . Kalau rumah jauh 2 hari 1 malam . Tak faham .


Bila difikirdirenung balik kenapa mesti Allah ciptakan air mata ? Kencing cukuplaa .
Dan kenapa air mata tidak dipengaruhi oleh cara pemakananpeminuman seperti air kencing ?


 “Dan bahwasanya Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis” (An-Najm: 43) . 


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati .
2) Menangis kerana rasa takut .
3) Menangis kerana cinta .
4) Menangis kerana gembira .
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan .
6) Menangis kerana terlalu sedih .
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah .
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang .
9) Menangis kerana mengikut - ikut orang menangis .
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis .





Mostly , number 8/9


”Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak , sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”(At-Taubah: 82) . 

Maknanya , setetes air mata pasti sangat bermakna berbanding beriburibu gelaktawa hilai . Dan alangkah bertuahnya kita kalau setetes air mata tuh menjadi hujjah kita di Mahsyar tapi alangkah buruknya setetes airmata tuh menjadi hujjah ke atas kita .
Kenapa kita takboleh menangis sedangkan


Nabi yang ma'sum pon menangis .


Diriwayatkan dari Abdullah bin Syukhair dia berkata , “Aku mendatangi Rasulullah yang sedang shalat , dan (aku mendengar) dari rongga dadanya ada gemuruh seperti gemuruh air mendidih dari periuk yang ada di atas tungku berapi, (disebabkan) karena tangisan beliau” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi . 


Para sahabat pon menangis .


Anas bin Malik menceritakan, suatu ketika sampai berita kepada Rasulullah tentang sahabat-sahabatnya . Rasulullah lalu berkata , “Aku ditawarkan Surga dan Neraka , namun aku tidak pernah melihat perihal kebaikan dan keburukan seperti yang kulihat hari ini . Seandainya kalian semua mengetahui apa yang aku ketahui , niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis .” Anas melanjutkan , “Maka tiada hari paling berat yang dialami oleh para sahabat selain dari hari itu . Kepala mereka tertunduk sambil menangis .” Riwayat Muslim



Dari al-Abbas Bin Abdul Muthallib , Nabi bersabda , “Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka , (pertama) mata yang menangis (ditengah kesendirian) dimalam hari karena takut pada Allah , dan (kedua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah.” Riwayat At-Thabrani. 


Bagaimana mungkin kite nak menangis di malam hari ? nak bangun subuh pon liat .
 Kalau bangun pon pergi mandi dulu jimat siket masa lepas subuh boleh tido sampai KP wat annoucement tetap taksedar terus terlambat pergi sekolah lalu dinaikkan di atas pentas sertamerta kena sebatt . *budakolej


Andai ada qiamullail perdana pon yang dilakukan setahun sekali tuh nak menagis macamana dahlah pukul 4 tutup lampu imam baca panjang memang tersengguk senggukla .


Jadi memang takde mase la nak menangis !


Tyme program . Mesti ade malam muhasabah atau slot refleksi kan ? 
Manaboleh menangis tyme tuh . Kena tutup mata compemla tertido lagipun duduk sebelah kawan kantoila nanti kene bahan taksudah dahlah ade perempuan nanti kantoi lagi payah .


Jadi memang takde mase la nak menangis !


Tyme Qasidah .
 Buku pon tak cukup takde feel laa .


Tyme qunut solat terawih malam - 20 ganjil ? 
Imam baca bahasa arab mana orang paham . Dahla takde translate .


 Jadi bile nak menangis ?


Nanti kalau kene colik , hanset hilang , waris meninggal , artis kesayangan kawin , kekasih hati mintak clash baru boleh menangis .


Memang itulah hakikat hati kita . Keras . 
Nak menagis tyme azan takboleh tyme solat takboleh tyme wirid takboleh tyme maulid takboleh tyme PALESTINSYRIA kesusahan takboleh tyme tengok jenazah takboleh jadi tyme ape yang kite boleh ?


Takkan nak tunggu tyme sembahyang jenazah kita disolatkan baru nak menangis ?


Memang kite takboleh sebab hatikeras banyak bintik hitam . 
Tapi dah selalu istighfar ?
Apabila ibadat menjadi adat , makna alfatihah pon taktau makna azan pon taktau makna wirid pon taktau makna doa yang dibaca panjangpanjang pon taktau makna hadis pon taktau makna quran pon taktau maka adakah amalan kite diterima ?
Insyaallah yakin terhadaap amalan yang dah dilakukan dan perbaiki segala kekurangan baru ibadat yang soheh .


Penyelesaiannya , stay in jamaah and Islam will win . 




“Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan : Wahai manusia , sesungguhnya kalian semua masuk syurga , kecuali seorang . Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku .” Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.  (Saydina Umar)






Allahu Taala 'Alam .

Monday, December 24, 2012

KERNA SIFAT TRGOPOH-GAPAH


Seusai solat ba'diah isyak, aku terus capai jibab aku. Apabila nak turun tangga surau, ak terasa ade kelainan pada jibab aku..ak memandang sekilas pada jibabku..."eh,sejak bila plk jibab ak warna ungu lembut nieyh"..Barulah ak prasan yang aku tertukar jibab dengan kawan sebilik aku. Kasihan dye trcari-cari kemana jibabnya..ish3 dibah nie!!!
Turun jer dari surau, loceng berbunyi menandakan semua pelajar asrama mesti ke bilik prep(study).
Dengan tergopoh-gapah,ak berlari ke dorm dan terus ambil beg study n terus pergi tanpa menghiraukan penampilan diri..tiba2 ada la sorang budak panggil aku n dye tanya "Kenapa akak pakai selipar jepun"..terkejut n malu bangang masa tu dah la lewat..
hehe..ak try tanya seorang budak pengawas "Boleh tak nak pkai selipar jepun g bilik prep"..
dia jawab "mana bleyh,klu warden nampak ,die mesti marah"..ak pun balik ke dorm semula untuk tukar selipar dalam ketakutan ...pada ketika itu,semua pelajar sudah melepasi pagar asrama...
Hampir2 nak sampai kat pagar asrama, kena "sound " pulak dengan seorang kakak mpp ..
"cepatlah sikit.,lembab...huh..pns tlinga mndengarnya..

Thursday, December 13, 2012

OH TEMAN

WAHAI TEMAN...
Aku ingin kita seperti ABU BAKAR AL-SIDDIQ,
Persahabatan dikalin kerana AL-KHALIQ,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran,sanggup bersakit....


aku impikan antara kita seorang UMAR..
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana...

Aku ingin kita seteguh IBNU ZUBBAIR,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bernama si ibu tua,
lantas syahid rohnya ku syurga..



Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara MASYITAH,
semerbak kasturi,
aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di mahkamah  MASYAR nanti........